Sebelum ini mati-mati aku percaya Anwar Ibrahim ni mangsa konspirasi. Anwar ni manusia yang cukup bersih. BilaTun Mahathir pecat dia atas alasan rasuah penyalahgunaan
kuasa dan melakukan liwat terhadap Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan pada 1988, Anwar mendakwa s emua itu “Conspiracy at the highest
level” yang melibat mungkin ratusan orang dan agensi untuk menjatuhkannnya.
Pada 2008, Anwar dituduh lagi di mahkamah atas
tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari .
Kali ini DNA nya telah ditemui dalam lubang dubur Mohd Saiful dan disahkan oleh
tidak kurang dari tujuh orang, termasuk beberapa doktor pakar, pakar kimia dan
forensic. Sekali lagi dia mendakwa “Ini semuanya konspirasi untuk membunuh karier
politiknya”.
Setiap kali ada tuduhan terhadapnya, pasti itu satu konspirasi. Bila difikir-fikirkan secara
waras, konspirasi apa namanya yang
melibat terlalur amai orang dari pelbagai agensi. Konspirasi apa namanya jika mangsa sanggup bersumpah
atas nama Allah. Konspirasi apa namanya jika air maninya boleh bertakung dalam dubur
Saiful. Konspirasi apa namanya jika Lee Kuan Yew dan wikileak pun tahu kegemaran peliknya. Kalau pun benar ini satu konspirasi, aku pasti CIA, KGB dan Mossad tunduk kepada Malaysia atas kehebatan membuat corvet aktiviti yang dahsyat ini.
Inilah yang dikatakan
“kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih”.
Antara konspirasi besar yang Anwar lakukan ialah:
- Ketegaannya menjatuhkanTun Ghafar Baba, pada 1993 dari jawatanTimbalan Presiden UMNO. Kerakusan nafsunya terhadap kuasa begitu jelas apabila dia dan kroninya mengadakan roadshow keseluruh Negara untuk memburuk-buruks eorang pemimpin yang banyak berjasa kepada agama dan bangsa. Sikap jeliknya juga terpancar apabila dia mengumpanketua-ketua Bahagian dengan pink-forms untuk memastikan mereka menolak Tun Ghafar. Sehingga tiga perempat Bahagian dikatakan dalam genggaman Anwar.
- Cubaan merampas kerusi Perdana Menteri daripada Tun Mahathir dengan mencetuskan kegelisahan social dan politik melalui krisis matawang dan kegawatan ekonomi pada 1997. Ketika kegawatan ekonomi akibat serangan speculator dan manipulator matawang yang mengakibatkan BSKL kerugian RM432 Billion, semua sector terjejas dan kuasa membeli rakyat jatuh merudum , Anwar sebagai Menteri Kewangan atas nasihat kawannya Camdessus, Ketua IMF memperkenalkan dasar “tikus membaiki labu”. Bunga bagi semua pinjaman bank dinaikkan. Bayaran balik minimum bagi pinjaman kad kredit dinaikkan daripada 5 % kepada 15%. Akibatnya ramai yang jatuh bankrupt. Rakyat semakin gelisah. Anwar berharap rakyat akan memberontak menentang Dr. Mahathir sepertimana yang berlaku di Indonesia yang membawa kepada kejatuhan Presiden Suharto.
- Merencanakan kejatuhan Dtk Najib dengan mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya dan pembelian Scorpene. Dalam hal ini Anwar hampir berjaya menampakkan ia seolah-olah real kerana dia bukan saja menggunakan media tempatan tetapi juga media Barat serta bantuan pelbagai tabung kewangan ,NGOs, peguam-peguam dari dalam dan luar Negara.
No comments:
Post a Comment